TERKINI

SALAM AIDILFITRI 1444H

Pihak pengurusan AZ Autocool dan aksesori, Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Ampun Maaf di pinta atas sebarang kesilapan. Operasi perniagaan kami telah beroperasi seperti biasa. Pada pelanggan yang ingin membuat pemeriksaan hawa dingin, di persilakan untuk datang.



LAMPU ABS PADA PROTON EXORA


Anti-Lock Braking System atau ABS ni merupakan antara ciri keselamatan yang ada pada Proton Exora. Fungsi ABS ini adalah untuk memastikan roda tidak di"lock" apabila kenderaan membrek secara mendadak. ABS secara umumnya memberikan kawalan kenderaan yang lebih baik serta mengurangkan jarak berhenti kenderaan tidak kira pada jalan kering atau licin



Photobucket


Indicator ABS ni...sepatutnya  akan terpadam bila kita matikan engine dan start semula..tapi ada kes jugak yang lampu ni takkan padam sekiranya Voltage kereta tak stabil atau terdapat sebarang masalah pada sistem roda kenderaan..

Kalau Voltage tak stabil, boleh cuba guna VS. Yang mana berterusan kena masalah lampu ABS tak padam walaupun dah pakai VS mungkin disebabkan sensor problem atau ABS pump rosak. 
 Sencor ABS pada Exora.





Punca Enjin Kereta Tidak Hidup (Penting!)
  
Situasi seorang pemandu kereta berusaha untuk menghidupkan enjin keretanya, tetapi masih tidak berhasil adalah satu perkara yang biasa berlaku. Lebih menyedihkan jika saat kita hendak menggunakan kereta di waktu kecemasan, sudah tentu ia mengundang masalah seperti anak sakit, isteri sakit dan sebagainya. Maka, sebagai seorang pemilik kita, kita perlu mengambil serba sedikit apakah punca enjin kereta tidak hidup.

Terdapat beberapa sebab berlakunya situasi ini. Salah satu faktornya adalah bateri:

Masalah Bateri Kereta

Setiap kereta menggunakan dua jenis bateri yang berbeza. Ada yang menggunakan bateri free maintenance dan ada juga yang menggunakan bateri air.
#1 – Bateri free maintenance
Kita cuma perlu periksa indicator yang dipaparkan pada bahagian atas bateri. Jika ia memaparkan warna hijau, ia menunjukkan bukan bateri puncanya.
Free maintenance – Periksa indicator kat atas bateri. Jika warna hijau, bermakna masih lagi boleh digunakan. Sekiranya warnanya bertukar hitam, itu bermakna perlu diganti dengan bateri yang baru.
#2 – Bateri jenis air
Berbeza pula dengan bateri jenis air. Kita perlu memeriksa airnya dengan lebih kerap, yakni sebelum memulakan perjalanan.
Biasanya jangka masa bateri ini bergantung pada kekerapan kita menggunakan kenderaan setiap hari. Tugas utama kita adalah memeriksa airnya dengan kerap bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku.

Bagaimana Bateri Boleh Jadi Punca Masalah?

Bateri adalah salah satu faktor kenderaan kita mengalami masalah untuk menghidupkan enjin kereta. Bagaimana ia boleh berlaku?
Yang pertama adalah jangka hayat bateri kereta itu sendiri. Sampai masanya, bateri kereta memang perlu diperiksa, atau digantikan dengan bateri yang baru.
Kedua, terdapat masalah yang berlaku pada alternator. Tugas alternator adalah mengecas bateri kereta. Sekiranya alternator kita bermasalah, hubungi mekanik yang berdekatan.
Ketiga, pemilik kereta terlupa untuk mematikan sepenuhnya sistem kereta. Sebagai contoh, kebanyakan pemilik kenderaan seringkali terlupa untuk menutup lampu dalam kereta.
Ini menjadikan bateri kereta mudah untuk mengalami kekeringan (bagi menggunakan air), dan juga kerosakan. Sehinggakan kita menghadapi kesukaran untuk menghidupkan enjin kereta.




Bahaya Benzene Dalam Kereta Penyebab Kanser 

 Kebiasaanya kita dapat melihat pemilik kereta menghidupkan enjin
dan terus membuka penghawa dingin. Namun, langkah awal adalah kita perlu membuka tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser iaitu carcinogen yang dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta.
Di samping menyebabkab kanser, Benzene juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.
Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih-lebihan secara tidak sedar.
Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila.