SERVIS AIRCOND...DAPAT SIMPAN DUIT

Ini bukan skim cepat kaya atau MLM atau piramid. Habis tu apa....mesti nak tahu. Saya ada buat sedikit survey, aircond kenderaan perlu kita servis sekali setahun. Ini mengikut teori yang saya belajar. Pengiraan lebih kurang macam ni..

Kos untuk servis aircond paling rendah Rm 80.00 sekali untuk setahun tanpa tukar barang.

Lepas tu tak payah fikir lagi, insyaallah ok sampai setahun lagi.

Bayangkan kalau tuan-tuan,puan-puan, kakak-kakak dan abang-abang tidak terpikir langsung

untuk buat servis aircon kereta yang di gunakan sekarang. Nak tengok kos yang akan

di tanggung ;

Saya akan bagi contoh untuk kenderaan yang paling murah, Perodua Kancil,

Sekiranya aircond kereta kancil bermasalah, harga yang paling rendah untuk memperbaiki

kerosakan yang berlaku pada sistem aircond kereta tersebut lebih kurang dalam anggaran

Rm 300.00 hingga Rm 600.00. Dalam masa sehari sahaja, pemilik kereta kancil tersebut

terpaksa berbelanja dengan jumlah yang sebegitu banyak untuk membaiki kerosakan tersebut.

Cuba fikirkan....